ASUS ROG Strix GL504 Scar II Sudah Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM6,799 Comments Off on ASUS ROG Strix GL504 Scar II Sudah Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM6,799

Laptop gaming kini mendapat sambutan hangat daripada para pengguna di Malaysia. Oleh itu, ASUS telah memperkenalkan ROG Strix Scar II Edition untuk pasaran tempatan mensasarkan golongan gamer yang mencari laptop baharu. Laptop ini boleh dikategorikan sebagai laptop gaming kelas pertengahan yang menawarkan spesifikasi berprestasi tinggi.

Untuk varian asas, ROG Strix Scar II (GL504GM) dijual pada harga bermula RM6,799. Ia dilengkapi pemproses Intel Core i7-8750 dengan kad grafik NVIDIA GTX 1060, RAM 6GB DDR4, serta storan SSD 256GB. Paparan skrin pula ialah sebesar 15.3-inci FHD dengan kadar segar-semula 144Hz disamping kadar respon serendah 3 milisaat.

Manakala untuk varian yang lebih tinggi, ROG Strix Scar II Edition (GL504) dijual pada harga RM8,499. Ia hadir dengan sedikit perbezaan menerusi naik taraf daripada kad grafik yang menggunakan NVIDIA GTX 1070, RAM 8GB DDR4. Kedua-dua varian dioperasikan Windows 10 yang sesuai digunakan untuk kerja-kerja pejabat dan yang paling penting untuk pengalaman gaming lebih lancar.

Bagi yang berminat untuk membeli ASUS ROG Strix Scar II Edition, anda boleh dapatkannya di penjual sah ROG terpilih di seluruh negara. Untuk mengetahui lokasi yang berdekatan, anda boleh semak senarai kedai di sini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend