ASUS ROG Strix GL10CS dan GL12CX Turut Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula Daripada RM2,699 Comments Off on ASUS ROG Strix GL10CS dan GL12CX Turut Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula Daripada RM2,699

Sehubungan dengan pelancaran komputer riba gaming ternipis di dunia iaitu model ROG Zephyrus S GX701, ASUS Malaysia turut mengumumkan penawaran dua model desktop terbarunya iaitu ROG Strix GL10CS dan juga ROG Strix GL12CX untuk pengguna tempatan.

ROG Strix GL12CX merupakan sebuah desktop gaming yang dikuasakan oleh Intel Core i9-9900K dengan sokongan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 (8GB GDDR6 VRAM). Lebih istimewanya, prestasi desktop ini boleh dilaras sepenuhnya menggunakan perisian ROG Armoury Crate, dan sistem pencahayaan pula boleh diubah menggunakan perisian Aura Sync.

Manakala ROG Strix GL10CS pula merupakan desktop gaming yang lebih mampu milik dengan sokongan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060/GTX 1050, dan juga Intel Core i7-8700/i5-8400. Tampil dalam saiz yang kompak, ia turut dilengkapi dengan sistem pencahayaan Aura Sync RGB.

Kedua-dua desktop gaming ini sudahpun mula dijual pada harga bermula daripada RM2,699 untuk ROG Strix GL10CS, dan RM14,999 untuk ROG Strix GL12CX. Pembelian ROG Strix GL12CX turut didatangkan dengan pakej aksesori percuma bernilai RM1,079 iaitu ROG Strix Flare Keyboard dan juga ROG Gladius II.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend