ASUS ROG Phone Memberi Saingan Hebat Terhadap Telefon Pintar Gaming Yang Lain Comments Off on ASUS ROG Phone Memberi Saingan Hebat Terhadap Telefon Pintar Gaming Yang Lain

Bertempat di Taiwan, ASUS Republic of Gamers atau lebih dikenali sebagai ROG telah mengumumkan kehadiran sebuah telefon pintar gaming yang sudah tentunya mampu mencabar model yang dikhususkan untuk gamers, termasuklah Razer Phone, Black Shark, dan juga Red Magic.

Dengan mengekalkan konsep rekaan ROG gaming melalui rekaan kerangka yang unik dan premium, ASUS ROG Phone telah dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 berkelajuan 2.96GHz  dan juga kad grafik Adreno 630 yang telah dioptimumkan untuk aspek permainan. Malah sokongan sistem penyejukan GameCool vapor-chamber pada peranti ini juga berupaya memastikan prestasi yang terbaik tanpa isu kepanasan.

Lebih menariknya, ia juga turut didatangkan aksesori tambahan AeroActive Cooler yang boleh dipasangkan pada panel belakang ASUS ROG Phone untuk penyejukan tambahan. Sokongan paparan AMOLED HDR berukuran 6.0 inci dengan kadar segar semula sehingga 90Hz dan juga masa respons sentuhan 1ms berupaya memastikan kawalan serta grafik permainan yang lebih sempurna.

Lebih istimewanya, bahagian sisi kanan kerangka turut menempatkan port sambungan aksesori dan juga sensor sentuhan ultrasonik AirTrigger yang membolehkan pengguna mengawal permainan mirip seperti menggunakan butang L1 dan L2 pada alat kawalan permainan konsol.

ASUS ROG Phone  juga telah dilengkapi dengan sokongan RAM mencecah sehingga 8GB dan juga pilihan ruang memori dalaman sehingga 512GB. Tidak cukup dengan itu, ciri sambungan wayarles pada peranti ini boleh dianggap antara yang terbaik di pasaran dengan sokongan rangkaian LTE Cat16 dan juga sambungan WiFi 802.11ad yang pertama seumpamanya pada telefon pintar.

Aspek penggambarannya juga tidak mengecewakan kerana hadir dengan dwi kamera utama beresolusi 12 Megapiksel + 8 Megapiksel, manakala kamera hadapannya pula beresolusi 8 Megapiksel. Pada bahagian panel belakangnya juga turut disediakan dengan sensor pengimbas cap jari yang unik rekaannya, disamping logo ROG dengan lampu LED yang boleh diubah mengikut citarasa pengguna.

Keupayaan permainan turut diperhebatkan lagi dengan fungsi X Mode yang mampu mengoptimumkan prestasi permainan. Dengan hanya satu klik, semua aplikasi yang akan menggunakan RAM dan juga bateri akan dihentikan bergantung kepada senarai yang telah anda tetapkan.

Selain sokongan spesifikasi yang ASUS ROG Phone yang sangat berkuasa, ASUS turut memperkenalkan pelbagai sokongan aksesori khusus untuk aktiviti gaming yang ekstrem seperti berikut:

AeroActive Cooler

Menjanjikan penyejukan tambahan yang lebih baik.

Mobile Desktop Dock

Membolehkan pelbagai perkakasan lain disambungkan pada peranti, termasuklah tetikus, papan kekunci, monitor dan sebagainya.

Gamevice Controller

Kawalan permainan terasa lebih mudah dan mirip seperti alat kawalan konsol.

TwinView Dock

Sama seperti Gamevice Controller tetapi ia turut dilengkapi dengan bateri tambahan 6000 mAh dan juga paparan skrin kedua.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend