ASUS ROG Phone Kini Boleh Dimiliki Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula Daripada RM3,499 Comments Off on ASUS ROG Phone Kini Boleh Dimiliki Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula Daripada RM3,499 824

Setelah sekian lama menanti, akhirnya ASUS Malaysia telahpun melancarkan peranti gaming terbaik di pasaran dengan kemunculan ASUS ROG Phone untuk pasaran tempatan. Majlis pelancaran ini telah diadakan di Battle Arena Malaysia, selaku pusat gaming terbaik dan antara kelab e-sukan terbesar di rantau Asia Tenggara.

ASUS ROG Phone menjanjikan spesifikasi gaming terbaik dengan sokongan pemproses mudah alih terpantas di dunia berkelajuan 2.96GHz daripada Qualcomm Snapdragon 845. Pengalaman permainan yang lebih lancar pada peranti ini turut dibantu oleh teknologi penyejukan GameCool 3D Vapor Chamber bagi memastikan kelancaran pengoperasian CPU.

Dilengkapi dengan paparan skrin Corning Gorilla Glass 6 sebesar 6.0 inci FHD+ (2160 x 1080 piksel), ASUS ROG Phone turut menjanjikan paparan AMOLED terbaik melalui sokongan kadar segar semula mencapai 90Hz. Tidak cukup dengan itu ia juga hadir dengan respons skrin sentuh sepantas 1ms bagi memastikan kawalan skrin yang lebih lancar.

Malah penyediaan post USB yang terletak pada bahagian sisi kerangka juga turut memastikan sambungan aksesori ataupun kabel yang lebih baik tanpa mengganggu aktiviti ketika bermain. Tambahan pula ASUS ROG Phone dilengkapi dengan sensor ultrasonik AirTrigger yang boleh diprogramkan. Selain itu efek getaran yang sangat berkuasa juga turut menjanjikan pengalaman gaming yang lebih baik.

ASUS ROG Phone ditawarkan dalam dua varian berbeza iaitu 8GB + 128GB yang dijual pada harga RM3,499, manakala varian 8GB + 512GB pula boleh dimiliki dengan harga RM3,999. Setiap pembelian ASUS ROG Phone akan turut didatangkan dengan aksesori tambahan iaitu AeroActive Cooler dan juga sarung pelindung ASUS ROG Phone bernilai RM450 secara percuma.

Bagi yang berminat, pra-tempah ASUS ROG Phone sudahpun boleh dibuat bermula hari ini (22 Oktober) hingga 4 November 2018 nanti. Anda boleh membuar pra-tempah melalui tiga saluran iaitu LazadaShopee ataupun ASUS Brand Stores.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend