ASUS ROG Phone II Memperolehi 69 Mata Untuk Skor Audio Di DxOMark Comments Off on ASUS ROG Phone II Memperolehi 69 Mata Untuk Skor Audio Di DxOMark 139

Diperkenalkan sebagai telefon pintar yang memfokuskan aspek gaming terbaik, ASUS ROG Phone II telah disenaraikan di dalam top 5 sebagai telefon pintar dengan sokongan audio terbaik. Berdasarkan portal DxOMark, ROG Phone II berjaya memperolehi 69 mata untuk skor audio.

Berada di kedudukan keempat, ROG Phone II berada di belakang tiga model telefon pintar mercu yang menjanjikan audio berkualiti iaitu HUAWEI Mate 20 X, Apple iPhone XS Max, dan juga Apple iPhone 11 Pro Max.

Sebagai rujukan, ROG Phone II dilengkapi speaker stereo dengan sokongan teknologi DTS:X. Menariknya kedua-dua speaker pada peranti ini turut tersedia dengan sokongan amplifier berasingan bagi memastikan output audio yang lebih berkualiti. Malah ia turut menyokong mikrofon dedikasi untuk tujuan pembatalan hingar.

Baca juga:

[Ulasan] ASUS ROG Phone II, Miliki Semua Benda Yang Pemain Mahu

Pemilik ASUS ZenFone 5Z Mula Menerima Kemas Kini Rasmi Android 10

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend