ASUS ROG Phone II Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3499 Comments Off on ASUS ROG Phone II Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3499

Berita baik buat semua peminat peranti ROG, ASUS Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar permainan terbaru ROG Phone II secara rasmi di negara ini dengan dua varian Elite dan Ultimate. Kedua-dua varian ini hadir dengan memori 12GB RAM / 512GB storan dan 12GB RAM / 1TB storan masing-masing dengan harga RM3499 dan RM4499.

ROG Phone II didatangkan dengan paparan yang luas bersaiz 6.59-inci FHD+ AMOLED dengan perlindungan panel Corning Gorilla Glass 6. Jika generasi terdahulu menyokong skrin 90Hz, kini kadar segar semulanya telah dipertingkatkan kepada 120Hz disamping menyertakan sokongan HDR10+ untuk permainan mudah alih yang lebih imersif.

Aksesori yang ditawarkan

ROG Phone II dilengkapi cip pemproses Snapdragon 855+ (7nm-berbanding SDM845 10nm) serta menawarkan kapasiti bateri yang cukup besar iaitu 6000mAh. Ia juga masih kekal menggunakan sistem pengecasan pantas 30W seperti generasi terdahulu. Tetapi apa yang berbeza kali ini ialah ia boleh dijadikan sebagai bank kuasa dengan fungsi pengecasan berbalik 10W.

Untuk kamera, ROG Phone II menawarkan sensor yang lebih besar menerusi konfigurasi 48MP f/1.8 utama + 13MP f/2.4 ultra lebar yang digandingkan dengan dua LED flash. Sementara bahagian depan pula hadir dengan kamera 24MP yang mana menjanjikan swafoto lebih berkualiti berbanding dahulu.

Pakej pembelian ROG Phone II

Mod permainan pada peranti dikenali sebagai Armoury Crate membolehkan pengguna membuat kustomasi dengan pelbagai tetapan. Boleh dikatakan, ROG Phone II ialah telefon pintar dengan tetapan permainan paling banyak setakat ini di pasaran.

Pakej penuh ROG Phone II

ROG Phone II akan dijual di seluruh negara mulai hari ini manakala untuk varian 1TB dan Superpack (set beg bagasi) akan dijual November nanti. Ia boleh didapati di wakil penjual sah, Lazada, Shopee, dan syarikat telco seluruh negara.

Spesifikasi ASUS ROG Phone II:

  • 6.59″ AMOLED FHD+ (sokong 120Hz)
  • Snapdragon 855+ (7nm)
  • Adreno 640 (700Mhz)
  • ROG UI (berasaskan Android 9)
  • 12GB RAM + 512GB/1TB
  • Kamera belakang: 48MP f1/.8 + 13MP f/2.4
  • Kamera depan: 24MP f/2.2
  • 6000mAh Quick Charge 4.0 (30W)
  • Dwi-speaker DTS:X, DTS Headphone X, USB-C, Bluetooth 5.0, Pengimbas cap jari bawah skrin
  • 171 x 77.6 x 9.5mm
  • 240g

Tonton video buka kotak ROG Phone II:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend