ASUS ROG Phone 2 Versi 12GB/1TB Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM4499 Comments Off on ASUS ROG Phone 2 Versi 12GB/1TB Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM4499 99

ASUS ROG Phone 2 telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Oktober yang lalu, dan pada masa itu hanya varian 512GB sahaja ditawarkan. Melalui pengumuman terbaru pihak ASUS Malaysia, kini orang ramai boleh mendapatkan varian 1TB pada harga RM4499 di semua kedai wakil penjual sah seluruh negara ataupun melalui kedai rasmi ASUS di Shopee.

Pembelian ROG Phone 2 turut didatangkan dengan aksesori percuma seperti AeroActive Cooler II dan AeroCase bernilai RM398.

ROG Phone 2 Ultimate Edition hadir dengan paparan AMOLED 6.59-inci FHD+ (120Hz), cipset Snapdragon 855+, kamera belakang 48MP + 13MP (ultralebar), kamera depan 24MP, dwi-speaker DTS, dan bateri 6000mAh dengan sokongan QuickCharge 4.0 (30W).

Anda boleh dapatkan peranti ini bermula hari ini atau beli terus melalui Shopee.

Baca juga:

[Ulasan] ASUS ROG Phone II, Miliki Semua Benda Yang Pemain Mahu

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend