ASUS Republic of Gamers Kini Umum Warna Baharu ‘Glacier Blue’ Untuk Komputer Riba Keluarannya Comments Off on ASUS Republic of Gamers Kini Umum Warna Baharu ‘Glacier Blue’ Untuk Komputer Riba Keluarannya

Bersempena dengan acara Computex 2019 yang berlangsung di Taiwan, ASUS Republic of Gamers (ROG) telah mengumumkan penawaran warna baharu iaitu ‘Glacier Blue’ untuk komputer riba ROG menjelang suku ketiga tahun 2019 nanti.

Pendekatan baharu yang diambil oleh ROG ini secara tidak langsung telah menjanjikan satu kelainan terhadap komputer riba gaming yang sememangnya sinonim dengan penggunaan warna gelap. Namun memandangkan peminat gaming pada masa kini dilihat semakin berkembang dan berubah, sentuhan warna juga perlulah diperbaharui.

Buat masa ini ASUS ROG telah memperkenalkan tiga model komputer riba gaming dalam warna baharu ‘Glacier Blue’ yang diinspirasikan daripada ‘Intelligent Cooling’, iaitu Zephyrus S GX502, Zephyrus M GU502, dan juga Strix G G531/G731. Bahkan ada di antara model dalam warna baharu ini telah dipamerkan di dalam acara Computex 2019 iaitu bermula daripada 28 Mei hingga 1 Jun 2019.

Baca juga:

‘ASUS Grand Sale’ Di Shopee Tawar Baucar Sehingga RM200,000, Diskaun Sehingga RM1,000 Dan Pelbagai Ganjaran Menarik

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend