ASUS Perkenal Empat Model Siri Chromebook Khusus Untuk Pembelajaran Di Dalam Kelas Comments Off on ASUS Perkenal Empat Model Siri Chromebook Khusus Untuk Pembelajaran Di Dalam Kelas

ASUS baru-baru ini telah mengumumkan kehadiran siri Chromebook yang disasarkan untuk sektor pendidikan sebelum acara CES 2019 berlangsung. Dengan rekaan ergonomik dan mudah untuk digunakan, ASUS menampilkan empat produk Chromebook terbarunya dengan penawaran satu model tablet, dua komputer riba berukuran 11.6 inci dan satu komputer riba berukuran 14 inci.

ASUS Chromebook Tablet CT100

Buat pertama kalinya, ASUS telah memperkenalkan tablet yang dioperasikan dengan platform Chrome OS dengan model ASUS Chromebook Tablet CT100. Dengan sokongan versi Chrome OS yang sama seperti komputer riba Chromebook yang lain, tablet ini menampilkan kemasan tahan lasak dengan permukaan seperti getah yang sesuai untuk kegunaan pelajar sekolah.

  • Chrome OS
  • Hexa Core OP1 (2x Cortex-A72 + 4x Cortex-A53)
  • Mali-T864
  • 4GB RAM (LPDDR3) + 32GB ROM (eMMC)
  • 9.7 inci QXGA (1536 x 2048 piksel)
  • Kamera utama: 5MP
  • Kamera depan: 2MP
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth v4.1, 1x USB Type-C
  • 35Wh Lithium-polymer
  • 238.8 x 172.2 x 9.9mm / 568g

ASUS Chromebook C204

Tampil dengan rekaan seperti komputer riba konvensional, ASUS Chromebook C204 turut menyokong ciri-ciri tahan lasak dengan kemasan permukaan getah yang turut memiliki bumper tebal di setiap penjurunya. Rekaan sebegini mampu memastikan ia masih boleh bertahan apabila terjatuh secara rata pada ketinggian 120cm, dan sehingga 80cm apabila terjatuh pada sisinya.

Lebih menariknya paparan skrin HD sebesar 11.6 inci pada model ini bukan sahaja menerima lapisan anti-silau, tetapi engsel antara skrin dan kerangka boleh dibuka sehingga 180 darjah. Ini secara tidak langsung mampu memastikan ia lebih mudah dibuka tanpa perlu risaukan kerosakan pada bahagian engsel tersebut.

  • Chrome OS
  • Intel Celeron N4000
  • Integrated Intel HD Graphics 600
  • 4GB RAM (LPDDR4) + 32GB ROM (eMMC 5.1)
  • 11.6 inci LED Backlit HD (1366 x 768 piksel)
  • Turut ditawarkan dengan panel skrin sentuh
  • Kamera depan: HD 720p (1280 x 720 piksel)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth v4.2, 2x USB Type-C, 2x USB Type-A
  • 50Wh 3-cell Lithium-polymer
  • 29.2 x 19.9 x 19.5~20.1cm / 1.2kg

ASUS Chromebook Flip C214

Model ini turut menyokong rekaan dan juga saiz skrin yang sama seperti model C204 tetapi rekaan engselnya adalah lebih fleksibel kerana ia boleh dilipat sehingga 360 darjah. Ini bermakna ia boleh digunakan dalam pelbagai mod berbeza bergantung kepada aktiviti yang digunakan oleh pelajar.

  • Chrome OS
  • Intel Celeron N4000/N4100
  • Integrated Intel HD Graphics 600
  • 4GB RAM (LPDDR4) + 32GB ROM (eMMC 5.1)
  • 11.6 inci LED Backlit HD (1366 x 768 piksel)
  • Kamera utama: 5MP/8MP
  • Kamera depan: HD 720p (1280 x 720 piksel)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth v4.2, 2x USB Type-C, 1x USB Type-A
  • 45Wh 3-cell Lithium-polymer
  • 29.2 x 19.9 x 19.5~20.1cm / 1.2kg

ASUS Chromebook C403

ASUS Chromebook C403 ini tampil dengan rekaan yang sama seperti model C204, bahkan ia juga menyokong ciri-ciri tahan lasak yang sama. Apa yang membezakannya model ini adalah sokongan paparan skrin yang lebih besar berukuran 14 inci dan ia juga menyokong versi pemproses Intel Celeron yang berbeza.

  • Chrome OS
  • Intel Celeron N3350
  • Integrated Intel HD Graphics 500
  • 4GB RAM (LPDDR4) + 32GB ROM (eMMC 5.1)
  • 14 inci LED Backlit HD (1366 x 768 piksel)
  • Kamera depan: HD 720p (1280 x 720 piksel)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth v4.2, 2x USB Type-C, 2x USB Type-A
  • 45Wh 3-cell Lithium-polymer
  • 34.3 x 23.3 x 2.05cm / 1.7kg
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend