‘ASUS Perfect Warranty’ Tawar Perlindungan Kerosakan Tambahan Untuk Komputer Riba Model 2019 & 2020 Comments Off on ‘ASUS Perfect Warranty’ Tawar Perlindungan Kerosakan Tambahan Untuk Komputer Riba Model 2019 & 2020

ASUS Malaysia hari ini telah memperkenalkan satu lagi servis selepas jualannya dengan perlindungan kerosakan tambahan iaitu ‘ASUS Perfect Warranty’.

Bermula 1 Januari 2020, pelanggan yang membeli dan mengaktifkan model komputer riba ASUS terpilih yang dilancarkan pada tahun 2019 dan 2020, secara automatik akan layak menikmati ‘ASUS Perfect Warranty’ tanpa sebarang caj.

Apa itu ‘ASUS Perfect Warranty’?

Sebelum ini setiap pembelian komputer riba (termasuk komputer riba gaming) keluaran ASUS secara automatik akan layak menikmati waranti global selama dua tahun. Namun begitu waranti pengeluar ini hanya sah untuk kerosakan yang bukan disebabkan oleh pengguna.

Bermula tahun 2020, ASUS telah menyempurnakan lagi servis waranti dengan ‘ASUS Perfect Warranty’ bersama-sama dengan jaminan waranti dari pengeluar.

‘ASUS Perfect Warranty’ merupakan servis waranti eksklusif yang boleh dinikmati sekali sahaja dalam tempoh tahun pertama jaminan waranti dari pengeluar diaktifkan.

ASUS Malaysia akan menanggung 80% daripada jumlah kos pembaikan untuk kerosakan terkena air, kerosakan disebabkan tenaga elektrik ataupun kerana terjatuh. Manakala 20% daripada jumlah kos pembaikan dan juga kos upah pasang akan ditanggung oleh pengguna.

Cara untuk menebus ‘ASUS Perfect Warranty’?

  1. Kunjungi mana-mana Pusat Servis ASUS yang sah di Malaysia atau Brunei, dan bawa sekali unit yang rosak bersama-sama dengan resit/invois pembelian.
  2. ASUS akan melaksanakan proses pengesahan untuk penebusan ‘ASUS Perfect Warranty’. Sekiranya pembelian gagal disahkan, pelanggan perlu melampirkan resit/invois rasmi sebagai bukti pembelian.
  3. ‘ASUS Perfect Warranty’ hanya sah untuk pelanggan komputer riba ASUS (termasuk komputer riba gaming) yang dilancarkan pada 1 Januari 2019 & 2020, termasuk palam kuasa dan bateri (tidak termasuk aksesori) yang dibeli pada 1 Januari 2020 dan ke atas.
  4. ‘ASUS Perfect Warranty’ hanya sah untuk produk yang dibeli di Malaysia dan Brunei.
  5. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.asus.com/my/support/Article/1028/

Info Pusat Servis ASUS:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend