ASUS Menawarkan Beberapa Unit ASUS ZenFone 6 Kepada Pembangun Terpilih Di XDA Developers Comments Off on ASUS Menawarkan Beberapa Unit ASUS ZenFone 6 Kepada Pembangun Terpilih Di XDA Developers 562

Apabila membuat pembelian sesebuah telefon pintar, kriteria utama yang sering diutamakan oleh pembeli adalah sokongan spesifikasi yang berbaloi dengan harga jualannya. Namun tanpa kita sedar, sokongan daripada pembangun pihak ketiga juga sebenarnya turut memainkan peranan bagi kebanyakan pengguna.

Melalui sokongan ini, pengguna boleh menikmati pelbagai kelebihan seperti keupayaan pemasangan custom ROM dan juga sokongan aplikasi yang telah diubah suai untuk kesesuaian penggunaan pada peranti lain (sebagai contoh Google Camera atau GCam). Menyedari akan kepentingan tersebut, ASUS USA dilaporkan telah bekerjasama dengan portal XDA Developers untuk memberikan beberapa unit ZenFone 6 kepada pembangun terpilih di portal itu.

Dalam usaha tersebut, pihak XDA Developers telah menyenaraikan 10 pembangun berbakat yang boleh dipercayai yang terdiri daripada pasukan TWRP, LineageOS, OmniROM dan juga CarbonROM seperti berikut:

Sebagai rujukan, ASUS ZenFone 6 telah dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855, dioperasikan dengan antaramuka yang hampir mirip seperti Android Pie asli, bateri berkapasiti 5000 mAh, paparan skrin penuh tanpa takuk berukuran 6.4 inci FHD+, dwi kamera utama 48MP + 13MP yang juga boleh digunakan sebagai kamera depan, dan juga pengimbas cap jari di panel belakang.

sumber

Baca juga:

ASUS ZenFone 6 Edition 30 Dengan Sokongan 12GB + 512GB Hanya Ditawarkan Dalam 3000 Unit Sahaja

ASUS ZenFone 6 Dilancarkan Dengan Snapdragon 855, Kamera Berlipat 48MP, Bateri 5,000mAh

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend