ASUS Malaysia Sahkan Tarikh E-Pelancaran Rasmi ZenFone 5z Pada 30 Julai 2018, Jam 3 Petang Comments Off on ASUS Malaysia Sahkan Tarikh E-Pelancaran Rasmi ZenFone 5z Pada 30 Julai 2018, Jam 3 Petang

Hari ini kami di TeknoRatz telah menerima kiriman emel dari ASUS Malaysia yang telah mengesahkan tarikh e-pelancaran rasmi model flagship yang paling dinanti-nantikan iaitu ASUS ZenFone 5z untuk pasaran tempatan.

Melalui perkongsian oleh ASUS Malaysia, majlis e-pelancaran ZenFone 5z akan dilancarkan secara rasmi pada 30 Julai 2018 (Isnin), jam 3 petang. Lebih menariknya, majlis pelancaran rasmi ini akan dibuat melalui siaran langsung di laman Facebook ASUS Malaysia dan ASUS Malaysia dengan kerjasama Lazada Malaysia turut menjanjikan tawaran eksklusif untuk model ZenFone 5z itu nanti.

Seperti mana yang kami telah dedahkan sebelum ini, harga jualan ASUS ZenFone 5z sebelum ini telah tertiris di Internet dengan memperlihatkan harga jualan RM1,899 untuk varian 128GB + RAM 6GB, manakala varian 256GB + RAM 8GB pula akan dijual pada harga RM2,299 di Lazada.

Tonton e-pelancaran ASUS ZenFone 5z secara langsung: Facebook ASUS Malaysia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend