ASUS Malaysia Lancar ZenBook Pro 15 Dengan Sokongan ‘Screen Pad’ Pada Harga Bermula Dari RM5,999 Comments Off on ASUS Malaysia Lancar ZenBook Pro 15 Dengan Sokongan ‘Screen Pad’ Pada Harga Bermula Dari RM5,999

ASUS Malaysia kini telah melancarkan tiga model komputer riba terbaru keluarannya dari siri ZenBook Pro 15 untuk pasaran tempatan dengan sokongan spesifikasi berprestasi tinggi dan juga konsep rekaan futuristik Screen Pad yang menjanjikan pengalaman yang lebih menarik ketika menggunakan komputer riba.

ASUS ZenBook Pro 15 tampil dalam kerangka elegan yang diperbuat daripada aluminium sepenuhnya dengan ketebalan 1.89cm dan juga berat 1.88kg. Panel skrin LED berukuran 15.6 inci ini juga turut memastikan paparan imej yang lebih jelas dan tajam dengan resolusi 4K UHD (3849 x 2160 piksel).

Apa yang membezakan ZenBook Pro 15 dengan komputer riba yang lain adalah kehadiran Screen Pad beresolusi tinggi yang menggabungkan di antara fungsi skrin sentuh dan juga pad sentuh. Berukuran 5.5 inci Super IPS+ FHD (1920 x 1080 piksel), Screen Pad ini boleh juga digunakan sebagai pad kawalan untuk mengoperasikan pelbagai aplikasi pintas seperti kalkulator, kawalan muzik, kalendar dan banyak lagi.

Terdapat tiga model ZenBook Pro 15 ditawarkan kepada pengguna tempatan seperti berikut:

ASUS ZenBook Pro 15 boleh dimiliki melalui pengedar yang sah:

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend