ASUS Malaysia Beri Diskaun 10% Untuk Harga Alat Ganti Sepanjang Jun 2019 – ‘ASUS Service Month’ Comments Off on ASUS Malaysia Beri Diskaun 10% Untuk Harga Alat Ganti Sepanjang Jun 2019 – ‘ASUS Service Month’ 326

Bersempena menyambut ulang tahun yang ke-30 dan juga meraikan kehadiran perayaan ‘Hari Raya Aidilfitri’, ASUS Malaysia berbesar hati untuk menganjurkan kempen istimewa ‘ASUS Service Month’ untuk para pelanggannya.

Sepanjang bulan Jun 2019 (1 Hingga 30 Jun 2019), pelanggan yang berkunjung ke mana-mana pusat servis ASUS Malaysia di seluruh negara akan diberikan diskaun sebanyak 10% untuk harga alat ganti bagi setiap servis pembaikan yang telah disahkan.

Promosi istimewa yang berlangsung selama sebulan ini hanya sah dinikmati untuk pembaikan komputer riba, tablet, PC All-in-One (AIO), PC Tower, dan juga telefon pintar. Kos upah pasang dan juga pengangkutan masih dikenakan seperti biasa.

Lebih menariknya, tawaran ini turut boleh dinikmati pada peranti ASUS yang telah kehabisan jaminan waranti, ataupun rosak disebabkan oleh kemalangan. ASUS Malaysia juga berhak untuk menambah, membuang, atau meminda mana-mana terma dan syarat yang dinyatakan tanpa notis.

Selain itu, dalam promosi berasingan, ASUS Malaysia turut menganjurkan peraduan cabutan bertuah yang menjanjikan hadiah terkumpul bernilai RM260,000, termasuk Mercedes-Benz GLA 200 bersempena sambutan ulang tahun ke-30. Apa yang perlu dilakukan hanyalah membuat pembelian produk ASUS/ROG terpilih di pengedar yang sah.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 1300-88-3495 ataupun layari www.asus.com/my/event/ASUS30anniversary/.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend