Asus Malaysia Bakal Lancar Laptop 13-inci Terkecil Di Dunia Minggu Hadapan Comments Off on Asus Malaysia Bakal Lancar Laptop 13-inci Terkecil Di Dunia Minggu Hadapan

Laman Twitter Asus Malaysia hari ini telah berkongsi sekeping poster pelancaran produk terbaharu yang akan berlangsung pada 10 Januari ini. Produk tersebut ialah sebuah laptop yang dinamakan ZenBook 13.

Menariknya, ia merupakan laptop bersaiz 13-inci paling kecil di dunia dan bersempena dengan itu, Asus turut menjemput orang ramai untuk hadir menyaksikan pelancaran ZenBook 13 ini.

Asus ZenBook 13 generasi terdahulu dilengkapi paparan skrin 13.3-inci HD, pemproses Intel Core i5-8250U, memori 8GB DDR3 serta storan 256GB SSD. Sementara untuk generasi baru, laptop ini dibina lebih kompak serta dikatakan memiliki saiz yang lebih kecil berbanding sekeping kertas A4 (seperti yang mereka katakan).

Pelancaran ini akan berlangsung di JW Marriott, Kuala Lumpur pada 10 Januari 2019. Jika berminat, anda boleh mengisi maklumat butiran di dalam e-borang di sini sebelum 6 Jan 2019.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend