Asus Lanjutkan Lagi Tawaran ‘Frenzy’ RM1 Untuk ZenFone 5 Dan ZenFone Max Pro (M1) Comments Off on Asus Lanjutkan Lagi Tawaran ‘Frenzy’ RM1 Untuk ZenFone 5 Dan ZenFone Max Pro (M1)

Bagi sesiapa yang ketinggalan untuk menonton video secara langsung Asus ZenFone di facebook Lazada semalam, hari ini pihak Asus ingin melanjutkan tawaran menarik terkini menawarkan lebih banyak telefon pintar pada harga RM1 sahaja.

Jika semalam sasarannya ialah 7,000 pengikut telah dicapai, kali ini Asus ingin tingkatkan angka itu kepada 15,000 pengikut. Tapi sebelum itu, apa yang perlu anda lakukan ialah:

  1. Ikuti Stor Rasmi Asus di Lazada
  2. Klik butang ‘Follow’, cuma klik sahaja
  3. Sebaik sasaran pengikut dicapai, Asus dan Lazada akan mula menawarkan telefon pintar serendah RM1
  4. Pengumuman tawaran seterusnya akan dibuat di facebook Asus Malaysia

Jadi selepas pengemuman dibuat, anda perlu kembali ke stor rasmi Asus di Lazada untuk merebut peluang mendapatkan powerbank dan telefon pintar pada harga serendah RM1.

Sementara itu, Jualan Kilat yang berlangsung di Lazada akan diteruskan sehingga penghujung bulan ini pada setiap hari Selasa untuk mendapatkan ZenFone Max Pro (M1) 3GB+32GB pada harga lebih murah iaitu RM599 (asal RM699).

Bagi yang ingin mendapatkan ZenFone 5 (4GB+64GB) dan ZenFone Live (L1) yang terbaharu, ia sudah mula dijual di Lazada berharga RM1,299 dan RM399.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend