ASUS Bakal Mengubah Strategi Untuk Memfokuskan Penghasilan Telefon Pintar ‘Gaming’ Pada Masa Akan Datang Comments Off on ASUS Bakal Mengubah Strategi Untuk Memfokuskan Penghasilan Telefon Pintar ‘Gaming’ Pada Masa Akan Datang

Baru-baru ini ASUS telah membuat beberapa pengumuman penting melalui sesi temu ramah dengan sebuah portal tempatan di Taiwan iaitu Business Next. 

Pengumuman pertama yang dibuat adalah pelepasan jawatan oleh Jerry Shen yang sebelum ini telah berkhidmat selama 11 tahun sebagai CEO ASUS. Melalui pendedahan yang dibuat, Jerry Shen akan menerajui bahagian baharu AIoT (AI dan Internet of Things) iaitu iFast sebagai pengerusi dan juga CEO.

ROG Phone merupakan peranti dedikasi untuk ‘gaming’ pertama yang diperkenalkan oleh ASUS.

Selain itu ASUS juga turut mengumumkan untuk mengubah strategi penghasilan telefon pintar mereka pada masa akan datang, dengan memfokuskan kepada telefon pintar yang disasarkan untuk gamers dan juga power users. Ini bermakna kita mungkin akan dapat melihat lebih banyak peranti gaming keluaran ASUS pada masa akan datang.

ZenFone Max Pro M2 merupakan peranti ‘gaming’ bajet terbaharu yang diperkenalkan oleh ASUS baru-baru ini.

Menurut jurucakap ASUS, permainan mudah alih pada telefon pintar telah mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pengguna pada masa kini. Jadi dengan pasaran telefon pintar global yang dijangka mencecah 1.5 bilion, permintaan 3% telefon pintar yang memfokuskan ciri e-sukan ini sudah mampu mencatatkan jualan mencecah sehingga 45 juta unit.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend