ASUS Anjur Peraduan ‘Jawab & Menang’ Dengan Menawarkan 5 Unit ASUS ZenFone Max Pro (M1) Untuk Dimenangi Comments Off on ASUS Anjur Peraduan ‘Jawab & Menang’ Dengan Menawarkan 5 Unit ASUS ZenFone Max Pro (M1) Untuk Dimenangi

Pada April yang lalu, kami ada mendedahkan bahawa ASUS Malaysia akan melancarkan sebuah peranti terbarunya yang memfokuskan kepada aspek sokongan kapasiti bateri yang sangat besar dengan kehadiran model ZenFone Max Pro (M1) pada pertengahan bulan Mei 2018 ini.

Nampaknya sebelum melancarkan model ini secara rasmi di negara ini, ASUS Malaysia hari ini telah berkongsi satu tweet yang mengesahkan kehadiran ZenFone Max Pro (M1) untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Apa yang lebih menariknya, anda juga berpeluang untuk memiliki model tersebut dengan menjawab sembilan soalan objektif yang mudah.

Peraduan ini berlangsung dari 8 Mei 2018 (Selasa) hingga 13 Mei 2018 (Ahad) ini dan 5 pemenang bertuah yang berjaya memenangi ASUS ZenFone Max Pro (M1) akan diumumkan pada 14 Mei 2018 (Isnin) depan melalui mesej peribadi ataupun perkongsian pengumuman pemenang di Facebook rasmi ASUS Malaysia.

Klik di sini untuk menyertai peraduan ‘Jawab & Menang’ ASUS ZenFone Max Pro (M1)!!!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend