ASUS Anjur Kempen ‘Lazada Shopathon 27.9’ Dengan Diskaun Sehingga RM500 – 27 September Comments Off on ASUS Anjur Kempen ‘Lazada Shopathon 27.9’ Dengan Diskaun Sehingga RM500 – 27 September

Jika sebelum ini anda terlepas peluang untuk memiliki telefon pintar keluaran ASUS di dalam kempen 9.9 di Lazada, kini ASUS akan menganjurkan satu lagi kempen ‘Lazada Shopathon 27.9’ yang akan berlangsung pada 27 September (Khamis) ini.

Kempen selama satu hari ini sememangnya tidak patut dilepaskan kerana ASUS telah menawarkan potongan harga sehingga RM500 ini anda memiliki produk keluarannya secara eksklusif di Lazada. Sempena promosi ini, pengguna boleh memiliki ketiga-tiga varian ASUS ZenFone Max Pro (M1) pada harga lebih murah seperti berikut:

Untuk tempoh terhad ini juga, ASUS turut menawarkan model flagship dengan sokongan Qualcomm Snapdragon 845 iaitu ZenFone 5Z (6GB + 128GB) pada harga hanya RM1,699 (harga asal RM1,899). Selain telefon pintar, pengguna juga boleh mendapatkan power bank ASUS ZenPower Pro berkapasiti 10,050 mAh dengan sokongan pengecasan pantas pada harga hanya RM69 sahaja.

Bagi anda yang bercadang untuk memiliki komputer riba gaming, ASUS TUF Gaming FX504 akan turut ditawarkan dengan diskaun mencecah sehingga RM500.

Jangan lepaskan peluang hebat ini dengan mengunjungi : ASUS Official Store di Lazada

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend