Astro, Digi Dan Media Prima Memperkenalkan ‘JomStudi’ Sebagai Hab Pembelajaran Digital 0 192

Melalui jalinan kerjasama di antara Astro, Digi dan juga Media Prima, sebuah hab pembelajaran digital yang dikenali sebagai JomStudi telah diperkenalkan sebagai sebuah inisiatif yang diterajui oleh organisasi swasta dengan sokongan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Bakal dilancarkan pada bulan Januari 2019, JomStudi akan menyediakan kandungan pendidikan yang berkualiti untuk golongan pelajar, terutamanya yang berada di kawasan yang kurang mendapat perhatian. Menerusi JomStudi, pelajar memiliki akses pada bila-bila masa, dan di mana sahaja untuk mendapatkan kandungan pendidikan berkualiti yang mematuhi sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Program JomStudi ini akan ditawarkan oleh Tutor TV di Astro serta FullAMark di Media Prima, dan platform itu akan dibangunkan dan dikendalikan oleh Digi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend