Askar Israel Diumpan Dengan Gambar Perempuan Untuk Memasang Perisian Hasad Milik Agen Hamas Comments Off on Askar Israel Diumpan Dengan Gambar Perempuan Untuk Memasang Perisian Hasad Milik Agen Hamas

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam laporan terbaru memberitahu beberapa anggota mereka telah menerima serangan siber daripada pejuang Hamas. Serangan tersebut adalah berupa serangan yang mana anggota tentera Israel diumpan untuk memasang perisian hasad pada telefon pintar.

Jurucakap IDF melaporkan, agen pengintip Hamas berjaya memperdaya sejumlah askar Israel menggunakan gambar-gambar gadis jelita menerusi laman sosial Facebook, Instagram, dan Telegram.

Gambar: IDF

Agen Hamas akan mula berkenalan dengan anggota IDF dengan menyamar sebagai pendatang baharu di Israel atas alasan kurang berpengetahuan dalam bahasa Hebrew.

Askar yang terpikat dalam perbualan pula seterusnya akan disuruh untuk memasang aplikasi sembang yang didakwa perisian hasad seperti Catch & See, Grixy, dan Zatu untuk berkongsi lebih banyak foto seperti yang dijanjikan.

Menurut IDF, infrastruktur penggodaman milik agen pengintip Hamas bagaimanapun telah dilumpuhkan sebaik ia dikesan.

APT-C-23, perisian hasad yang menyerang anggota IDF

Aplikasi hasad tersebut dikatakan akan sentiasa beroperasi secara latar walaupun pemilik peranti telah menyahpasangnya. Ia akan mengalih keluar foto, SMS, kontak, dan banyak lagi pada masa sama memasang perisian hasad lain untuk menjejaki lokasi telefon mengikut masa sebenar serta mengambil tangkap skrin menggunakan kamera telefon.

Serangan siber daripada pejuang Hamas bukanlah kali pertama sebaliknya pernah dilakukan pada Januari 2017 dengan taktik yang sama.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend