AS Rancang Untuk Meluluskan Lesen Urus Niaga Antara Firma Di Negara Itu Dengan HUAWEI Comments Off on AS Rancang Untuk Meluluskan Lesen Urus Niaga Antara Firma Di Negara Itu Dengan HUAWEI 166

Selepas menyenaraikan HUAWEI di dalam Senarai Entiti, kerajaan Amerika Syarikat telah mengeluarkan syarat baharu yang mengkehendaki syarikat di AS untuk memohon lesen khas bagi menyambung semula urus niaga dengan HUAWEI. Malah sebelum ini lebih 130 permohonan lesen telah diterima oleh Jabatan Pertahanan AS daripada syarikat di negara itu.

Menurut laporan yang didedahkan oleh portal New York Times, pihak pengurusan kerajaan AS dikatakan telah merancang untuk meluluskan lesen bagi membolehkan syarikat di AS untuk kembali berurus niaga dengan HUAWEI. Perkara ini dikongsikan oleh sumber dalaman selepas Donald Trump mula memberi kebenaran ke atas beberapa syarikat AS terpilih untuk melepasi sekatan yang dikenakan.

Kelulusan lesen ini secara tidak langsung akan membolehkan syarikat di AS untuk kembali membekalkan produk keluaran mereka kepada HUAWEI seperti biasa. Namun begitu buat masa ini masih belum didedahkan syarikat mana yang akan dipilih untuk menerima lesen perdagangan tersebut.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend