A&S Perkenal Pelbagai Produk Elektronik Dan Elektrik Dengan Kerjasama Eksklusif DC Comments Off on A&S Perkenal Pelbagai Produk Elektronik Dan Elektrik Dengan Kerjasama Eksklusif DC

A&S Distribution Sdn Bhd baru-baru ini telah memperkenalkan pelbagai produk elektrik dan juga elektronik terbaharunya, hasil kerjasama eksklusif dengan DC.

Melalui acara CES 2020 yang berlangsung sebelum ini, A&S telah mengumumkan pelbagai penawaran menarik seperti fon telinga tanpa wayar TWS Batman, dok pengecas dengan sambungan USB Type-C Wonder Woman, pengerinting rambut automatik tanpa wayar Supergirl, dan juga pembersih vakum tanpa wayar Wonder Woman.

Antara produk lain yang diperkenalkan oleh A&S termasuklah Pembersih Vakum Tanpa Wayar La Femmina Medio, Pembersih Vakum Tanpa Wayar La Femmina Perfetto, Pengering Rambut Tanpa Wayar Styler, dan Pengerinting Rambut Automatik Tanpa Wayar Wavy.

Pengeriting Rambut Automatik A&S

Menariknya, Pengerinting Rambut Automatik Tanpa Wayar A&S turut menerima pengiktirafan sebagai Penerima Penghormatan Anugerah Inovasi CES.

Pengiktirafan ini diterima kerana ia merupakan pengerinting tanpa wayar pengguna yang pertama hadir dengan fungsi satu sentuhan butang sahaja. Dengan sekali cas, Pengeriting Rambut Automatik A&S boleh beroperasi selama satu jam penuh.

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang produk keluaran A&S, sila layari laman sesawang rasmi http://aandss.com.

Klik untuk muat turun senarai dan harga jualan produk A&S x DC:

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend