AS Dilaporkan Menangguhkan Keputusan Berhubung Permohonan Lesen Untuk Urus Niaga HUAWEI Comments Off on AS Dilaporkan Menangguhkan Keputusan Berhubung Permohonan Lesen Untuk Urus Niaga HUAWEI 434

Selepas menyenaraikan HUAWEI di dalam ‘Senarai Entiti’, kerajaan AS baru-baru ini telah mengambil keputusan untuk memperkenalkan undang-undang baharu yang mengkehendaki syarikat di negara itu untuk memohon lesen khas bagi meneruskan urus niaga dengan HUAWEI.

Menurut Bloombergkerajaan AS dilaporkan terpaksa menangguhkan keputusan tersebut selepas Beijing dikatakan sudah mula menghentikan pembelian produk pertanian dari AS. Ternyata keputusan yang diambil oleh AS itu secara tidak langsung telah mengakibatkan gangguan pada saham, bon, mata wang, bahkan harga kacang soya (AS pembekal terbesar) di seluruh dunia.

Berikutan laporan berhubung penangguhan lesen perniagaan itu, syarikat AS seperti Micron Technology Inc. dan juga Western Digital Corp. yang merupakan pembekal utama HUAWEI turut dilaporkan telah merosot sebanyak 2.2%, manakala Qualcomm Inc, Xilinx Inc., dan NeoPhotonics Corp pula telah mencatatkan kemerosotan lebih daripada 1%.

Ketegangan ini dilihat semakin memuncak selepas AS dilaporkan akan mengenakan tarif 10% ke atas USD300 bilion (~RM1.25 trilion) produk yang diimport dari China, bermula 1 September 2019 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend