Arcade Dan TV+ Merupakan Perkhidmatan Langganan Terbaru Daripada Apple Untuk Seisi Keluarga Comments Off on Arcade Dan TV+ Merupakan Perkhidmatan Langganan Terbaru Daripada Apple Untuk Seisi Keluarga 111

Apple Special Event bukan sahaja mempamerkan barisan iPhone 11, iPad versi baharu, dan Apple Watch Series 5 tetapi acara ini juga turut memperkenalkan perkhidmatan langganan terbaru untuk para pengguna Apple di luar sana.

Melalui Arcade, pengguna boleh melanggan perkhidmatan ini untuk menikmati permainan berbayar pada kadar rata setiap bulan. Di pentas acara ini juga, beberapa pembangun terkenal telah mempamerkan permainan eksklusif mereka antaranya seperti Konami menerusi permainan Frongger, CAPCOM dengan Shinsekai: Into the Depths, dan ANNAPURNA dengan permainan yang dinamakan Sayonara Wild Hearts. 

Apple mengatakan sebanyak 100 lebih permainan bakal ditawarkan di Arcade menjelang hujung bulan ini. Arcade akan tersedia di peranti iPhone dan iPad mulai 19 September pada harga USD4.99/sebulan melalui pakej langganan keluarga – satu langganan untuk kegunaan seisi keluarga. Sebagai permulaan, semua pengguna Apple akan menerima satu bulan langganan percuma.

Apple seterusnya memperkenalkan TV+, sebuah perkhidmatan langganan untuk kandungan hiburan yang boleh diakses terus menggunakan iPhone, iPad, MacBook, dan iMac.

Apple TV+ juga berfungsi seperti Netflix tetapi dengan kandungan eksklusif Apple tersendiri seperti drama bersiri SEE, For All Mankind, The Morning Show, Ghost Writer, Hala, dan banyak lagi. Apple juga memberitahu, kandungan eksklusif di dalam TV+ akan ditambah setiap bulan dari masa ke semasa.

Tayangan pertama TV+ akan bermula pada 1 November ini dengan harga langganan bulanan USD4.99 iaitu harga yang sama seperti Apple Arcade yang boleh digunakan di beberapa peranti dalam satu-satu masa.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend