Arab Saudi Gantung Sementara Visa Umrah Dan Pelancongan Susulan Kebimbangan COVID-19 Comments Off on Arab Saudi Gantung Sementara Visa Umrah Dan Pelancongan Susulan Kebimbangan COVID-19

Arab Saudi hari ini telah menggantung sementara kemasukan jemaah umrah di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Larangan ini dilakukan kerajaan Saudi ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda negara-negara arab pada ketika ini. Selain visa umrah, negara itu turut menggantung sementara visa pelancongan dari negara yang berdepan ancaman koronavirus.

Kerajaan Arab Saudi juga meminta rakyat mereka supaya tidak berkunjung ke negara yang diancam COVID-19 malah membenarkan rakyat dari negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) untuk pulang ke negara masing-masing.

Bagaimanapun, halangan ini adalah sementara dan Arab Saudi akan mengemas kini perkembangan dari masa ke semasa.

Di Iran, COVID-19 telah mengorbankan 15 orang sekaligus muncul sebagai negara paling terkesan di rantau itu. Sementara di Kuwait dan Bahrain pula mencatatkan peningkatan kes jangkitan selain rakyat Iraq kini dilaporkan dilarang memasuki ke sembilan negara.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend