Apple Watch Tahun Ini Mungkin Akan Diperkenalkan Dalam Dua Pilihan Kemasan, Titanium Dan Seramik Comments Off on Apple Watch Tahun Ini Mungkin Akan Diperkenalkan Dalam Dua Pilihan Kemasan, Titanium Dan Seramik 148

Mungkin ramai yang sudah sedia maklum bahawa Apple akan memperkenalkan iPhone model tahun 2019 pada 10 September depan. Sebagaimana acara Apple Special Event sebelum ini, Apple juga akan turut melancarkan model Apple Watch terbaharunya pada hari pelancaran tersebut.

Menariknya portal iHelp BR baru-baru ini telah berjaya mendedahkan bahawa Apple berkemungkinan besar akan menampilkan Apple Watch dalam dua kemasan baharu iaitu diperbuat daripada titanium dan juga seramik. Maklumat ini berjaya diperolehi melalui sistem operasi watchOS 6.0 yang buat masa ini masih lagi dalam peringkat pengujian.

Berdasarkan animasi tetapan Apple Watch, ia jelas memaparkan perkataan ’44MM TITANIUM CASE’ dan juga ’44MM CERAMIC CASE’. Menurut portal itu lagi, kedua-dua kemasan ini akan turut diperkenalkan pada Apple Watch varian 40mm. Malah awal tahun 2019, penganalisa Ming-Chi Kuo pernah melaporkan akan melancarkan Apple Watch yang diperbuat daripada seramik pada tahun ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend