Apple Watch Series 5 Mula Dijual Di Malaysia Bulan Depan – Stainless Steel Dan Selular Turut Ditawarkan Comments Off on Apple Watch Series 5 Mula Dijual Di Malaysia Bulan Depan – Stainless Steel Dan Selular Turut Ditawarkan 180

Bagi yang ingin mendapatkan jam tangan pintar terbaru daripada Apple iaitu Apple Watch Series 5, anda boleh mendapatkannya melalui laman jualan Apple Malaysia atau wakil penjual sah di seluruh negara bermula pada 1 November 2019.

Menariknya, hampir kesemua varian Apple Watch Series 5 ditawarkan kali ini kepada pengguna di Malaysia. Pelanggan bebas untuk memilih jam tangan pintar mereka dengan kustomasi mengikut citarasa tersendiri iaitu dengan kerangka aluminium atau keluli tahan karat bersama sokongan WiFi ataupun selular+WiFi.

Selain itu, terdapat pelbagai pilihan warna dan jenis tali jam ditawarkan antaranya seperti Sport band, Sport Loop, Leather Loop, Milanese Loop, dan Modern Buckle. Harga pula adalah bermula RM1749 sehingga RM4849 untuk 44mm Gold Stainless Steel Case with Space Black Link Bracelet.

Tidak ketinggalan, Apple Watch Series 5 edisi Nike turut ditawarkan dalam laman jualan Apple Malaysia.

Baca juga:

Digi Umum Bakal Membuka Pra-Tempah Untuk Apple Watch Series 5 Bermula 25 Oktober 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend