Apple Watch Series 5 Kini Rasmi Dengan WatchOS 6, Paparan ‘Always-On Retina’ Dan Kompas Terbina-Dalam Comments Off on Apple Watch Series 5 Kini Rasmi Dengan WatchOS 6, Paparan ‘Always-On Retina’ Dan Kompas Terbina-Dalam 124

Serentak dengan pelancaran iPad 10.2 dan juga tiga model iPhone iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan juga iPhone 11 Pro Max, Apple turut memperkenalkan jam tangan pintar generasi baharunya melalui kemunculan Apple Watch Series 5 di dalam acara tahunan Apple Special Event.

This slideshow requires JavaScript.

Dari segi penampilan fizikalnya, Apple Watch Series 5 kelihatan masih sama seperti generasi sebelum ini dengan menampilkan sokongan paparan skrin sentuh LTPO OLED berukuran 1.78 inci dengan resolusi 448 x 368 piksel. Menariknya Apple Watch Series 5 kini telah diperkenalkan dalam empat pilihan kerangka berbeza iaitu diperbuat daripada Stainless Steel, Aluminium (100% kitar semula), Ceramic dan juga Titanium yang pertama kali diperkenalkan.

Apple Watch Series 5 juga telah menerima naik taraf pada sistem operasinya yang kini menyokong watchOS 6, dan dikuasakan dengan cipset Apple S5 yang lebih berkuasa. Ia juga kini telah dilengkapi dengan kompas terbina-dalam yang membolehkan anda mengetahui kedudukan anda berdasarkan arah yang dipaparkan pada peta, malah ia juga mampu memaparkan maklumat lain seperti latitud, longitud, ketinggian dan sebagainya.

Always-On Retina

 

Hadir dengan dua pilihan saiz iaitu 44mm dan 40mm, ia juga kini telah dilengkapi dengan paparan ‘Always-On Retina’ yang akan sentiasa memaparkan muka jam ataupun aktiviti yang sedang anda lakukan tanpa mengurangkan ketahanan bateri. Ini kerana selain paparan LTPO yang efisien tenaga, ia turut dibantu oleh sokongan pemacu paparan, litar integrasi pengurusan tenaga, dan juga sensor ambient light yang diperbaharui.

Selain dilengkapi dengan ciri ECG untuk pemantauan kadar degupan jantung (terhad untuk negara terpilih), Apple Watch Series 5 kini turut menyokong aplikasi baharu iaitu Noise yang akan menghantar notifikasi pemberitahuan apabila ia mengesan bunyi bising yang mampu memberi impak pada pendengaran pengguna.

Apple Watch Series 5 akan dijual pada harga bermula daripada USD399 (~RM1,667) untuk model GSP, manakala model GPS + LTE pula dijual pada harga bermula daripada USD499 (~RM2,085). Pra-tempah untuk Apple Watch Series 5 sudahpun boleh dibuat bermula hari ini, dan ia akan dijual di Apple Store bermula 20 September 2019.

Baca juga:

iPhone 11 / 11 Pro / 11 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi, Mula Dijual Di Malaysia 27 September Ini

iPad Generasi Ketujuh Diperkenalkan Dengan iPadOS, Skrin 10.2″ Retina Display Dan Cipset Apple A10 Fusion

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend