Apple Watch Series 4 Menang Anugerah “Best Display Of The Year” Comments Off on Apple Watch Series 4 Menang Anugerah “Best Display Of The Year”

Apple Watch Series 4 merupakan jam tangan pintar yang terbaik setakat ini. Semasa pelancaran, Apple telah mengumumkan sejumlah ciri terkini pada jam tersebut sehinggakan apabila ia memasuki pasaran Malaysia, pengguna perlu menunggu lama untuk mendapatkannya gara-gara kehabisan stok.

Hari ini, Apple Watch Series 4 telah dinamakan sebagai salah satu daripada produk industri paparan tahunan 2019 oleh The Society for Information Display (SID). Anugerah industri paparan tahunan akan mengiktiraf produk inovatif dalam industri paparan. Ia telah diberikan kepada jam tangan Apple berikutan teknologi yang diguna pakai cukup luar biasa.

Apple Watch Series 4 dilengkapi paparan 30% lebih besar berbanding generasi terdahulu. Paparan 40mm dan 44mm ini turut direka melengkung bagi memanfaatkan ruang yang ada pada bahagian skrin. Paparan berteknologi LTPO meningkatkan kecekapan tenaga bagi membolehkan pengguna memakai jam ini sepanjang hari dengan sekali pengecasan.

Apple Watch Series 4 dan Watch Series 4 Nike+ Edition dijual di Malaysia pada harga RM1,749 (40mm) dan RM1,899 (44mm) seutas.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend