Apple Watch Series 4 Dijangka Terima Rekaan Baharu Dengan Skrin 15% Lebih Besar – KGI Comments Off on Apple Watch Series 4 Dijangka Terima Rekaan Baharu Dengan Skrin 15% Lebih Besar – KGI

Apple Watch generasi pertama yang diperkenalkan sejak tiga tahun lalu dan sejak dari itu, Apple dilihat lebih memfokuskan pada sokongan spesifikasi dan juga platform watchOS berbanding rekaan fizikalnya.

Menurut penganalisa Ming-Chi Kuo dari KGI Securities, Apple dikhabarkan akan membuat kelainan pada Apple Watch Series 4 yang akan diperkenalkan pada tahun ini. Model terbaru ini dikatakan akan tampil dengan rekaan yang akan diperbaharui dan dalam masa yang sama menawarkan saiz skrin sentuh yang lebih besar. Ia juga dipercayai akan menyokong ciri pemantauan kesihatan yang telah dipertingkatkan dengan ketahanan bateri yang lebih lama.

Seperti generasi sebelum ini, ia akan diperkenalkan dalam dua saiz berbeza iaitu 38mm atau 42mm dengan saiz bezel yang lebih nipis. Apple Watch Series 4 akan dilancarkan di pasaran pada September ini, serentak dengan pelancaran model iPhone 2018.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend