Apple Watch Series 4 Bersaiz 40mm Dan 44mm – Harga Dan Tarikh Ketersediaan Diumumkan Comments Off on Apple Watch Series 4 Bersaiz 40mm Dan 44mm – Harga Dan Tarikh Ketersediaan Diumumkan

Bermula dengan jam pintar, Apple secara rasminya memperkenalkan Apple Watch Series 4. Jam pintar generasi keempat Apple kali ini sarat dengan sensor kesihatan dan yang paling penting skrin paparan kini 30% lebih besar berbanding generasi terdahulu.

Hadir dengan dua model, saiz tali jam kini dipertingkat kepada 40mm dan 44mm. Skrin paparan dibina sedikit melengkung untuk paparan yang lebih meluas. Kerangka badan jam telah menerima naik taraf pada bahagian pembesar suara sekaligus mengeluarkan audio 50% lebih kuat daripada Apple Watch Series 3.

Apple turut memperkenalkan muka jam baharu yang lebih realistik dengan tiga pilihan. Digital Crown yang berfungsi sebagai butang kawalan utama mendapat peningkatan tindak balas haptic yang memberikan pengalaman mekanikal kepada pengguna.

Apple Watch Series 4 dikuasakan cip Apple S4 dwi-teras. Cip berasaskan 64-bit ini sekaligus membolehkan pemproses bertindak dua kali lebih pantas. Terdapat sensor ECG disertakan pada jam ini, fungsinya ialah memantau kadar dengupan jantung dan penyakit yang berkaitan dengan jantung. Apple memaklumkan ia merupakan produk serta teknologi yang paling mudah untuk diperolehi dan digunakan buat masa ini. Selain daripada itu, Apple Watch Series 4 juga mampu mengetahui posisi anda sebelum terjatuh ke lantai.

Apple Watch Series 4 ditawarkan dengan tiga pilihan warna pada harga USD399 (~RM1,652) untuk GPS, USD499 (~RM2066) untuk SIM, dan pada masa sama Apple Watch Series 3 diturunkan harga kepada USD279 (~RM1,155) bermula hari ini.

Jam pintar terbaharu ini akan mula memasuki pasaran dunia bermula 21 September di beberapa negara terpilih (termasuk Singapura). Untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan setakat ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend