Apple Watch Series 4 Akan Menerima Fungsi Elektrokardiogram (EKG) Melalui Kemas Kini watchOS 5.1.2 Comments Off on Apple Watch Series 4 Akan Menerima Fungsi Elektrokardiogram (EKG) Melalui Kemas Kini watchOS 5.1.2

Sewaktu melancarkan Apple Watch Series 4, Apple telah mengumumkan sokongan elektrokardiogram (EKG) yang mampu merekod aktiviti elektrik jantung. Fungsi EKG ini boleh mengesan kehadiran penyakit jantung iskemia, penyakit jantung struktur ataupun keabnormalan ritma degupan jantung si pemakai.

Menurut MacRumors, fungsi EKG yang sangat dinanti-nantikan oleh pemilik Apple Watch Series 4 ini akan mula diterima melalui kemas kini watchOS 5.1.2 nanti. Walau bagaimanapun, buat masa ini masih belum didedahkan lagi bila kemas kini akan diberikan kepada pengguna dan versi kemas kini itu masih lagi dalam peringkat pengujian.

Sungguhpun begitu berdasarkan pendedahan yang dibuat, fungsi EKG itu akan hanya ditawarkan untuk pasaran tertentu seperti Amerika Syarikat. Ini kerana fungsi itu pada Apple Watch perlu mendapatkan kelulusan Type II FDA daripada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu, dan ini bermakna pemilik Apple Watch Series 4 di Malaysia tidak akan menerima fungsi tersebut.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend