Apple Watch Kini Tidak Lagi Menyokong Aplikasi Instagram Comments Off on Apple Watch Kini Tidak Lagi Menyokong Aplikasi Instagram 308

Apabila Apple Watch generasi pertama diperkenalkan di pasaran, Instagram merupakan salah satu daripada aplikasi sosial yang diperkenalkan pada jam tangan pintar keluaran Apple itu.

Namun baru-baru ini aplikasi itu tidak lagi disokong pada Apple Watch tanpa mendedahkan apa yang menyebabkan aplikasi itu disingkirkan. Menurut perkongsian 9to5mac, selepas Apple Watch dikemaskinikan ke versi 39.0, aplikasi Instagram telah disingkirkan dari Apple Watch apabila ia disambungkan ke iPhone.

Penyingkiran Instagram ini dari Apple Watch mungkin disebabkan oleh keperluan yang telah ditetapkan oleh Apple supaya pihak pembangun menggunakan SDK watchOS 2 dan ke atas bagi memastikan aplikasi itu  boleh disokong oleh Apple Watch. Selain Instagram, aplikasi popular seperti eBay dan Google Maps juga sebelum ini telah disingkirkan dari Apple Watch.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend