Apple Watch Berjaya Memberikan Amaran Awal Kepada Warga Emas Ini Daripada Terkena Serangan Jantung Comments Off on Apple Watch Berjaya Memberikan Amaran Awal Kepada Warga Emas Ini Daripada Terkena Serangan Jantung

Seorang warga emas lelaki berusia 76 tahun dari Hong Kong yang dikenali sebagai Gaston D’Aquino sebelum ini telah menerima hadiah sebuah jam tangan pintar Apple Watch sempena hadiah Krismas lebih kurang 18 bulan yang lepas. Pemberian Apple Watch ini sebenarnya bertujuan untuk membantunya daripada terlepas sebarang panggilan penting.

Namun pada 1 April yang lalu, Apple Watch yang dipakainya itu telah mengeluarkan notifikasi amaran yang memberitahu bahawa degupan jantungnya terlalu tinggi. Walaupun Gaston D’Aquino tidak merasa sesuatu yang pelik atau sakit, dia membuatkan keputusan untuk terus ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Kredit gambar: South China Morning Post

Apabila sampai ke hospital, beliau telah memberitahu perkara tersebut kepada doktor dan sebagai langkah berjaga-jaga, pihak hospital telah menjalankan EKG (Electrocardiagram) dan agak mengejutkan kerana dua daripada tiga saluran arteri koronari telah tersumbat. Malah saluran ketiga juga turut tersumbat sehingga mencecah hampir 90%.

Kredit gambar: South China Morning Post

Disebabkan langkah awal yang diambil, Gaston D’Aquino berjaya diselamatkan daripada serangan jantung dan dia telah menulis surat kepada Tim Cook untuk berkongsi bagaimana Apple Watch telah menyelamatkan nyawanya. Tim Cook turut membalasnya dengan mengucapkan penghargaan beliau di atas perkongsian kisah ini dan ia secara tidak langsung telah memberi inspirasi kepada mereka.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend