Apple Umum Pemenang Gambar Terbaik ‘Night Mode’ Comments Off on Apple Umum Pemenang Gambar Terbaik ‘Night Mode’

Apple hari ini berkongsi hasil gambar ‘Night Mode’ terbaik daripada pengguna iPhone dari seluruh dunia. Gambar yang disenaraikan memfokuskan kepada penggambaran malam yang diambil dari peranti iPhone 11, iPhone 11 Pro, dan iPhone 11 Pro Max.

Kesemua gambar terbaik ini telah dipilih oleh barisan panel juri iaitu Malin Fezehai (AS), Tyler Mitchell (AS), Sarah Lee (UK), Alexvi Li (China), Darren Soh (Singapura), Phil Schiller, Kaiann Drance, Brooks Kraft, Jon McCormack, dan Arem Duplessis.

Berikut adalah enam gambar terbaik oleh jurugambar iPhone dari China, India, Rusia, dan Sepanyol.

  • Konstantin Chalabov (Moscow, Rusia), iPhone 11 Pro
Instagram: @chalabov
  • Andrei Manuilov (Moscow, Rusia), iPhone 11 Pro Max
Instagram: @houdini_logic
  • Mitsun Soni (Mumbai, Maharashtra, India), iPhone 11 Pro
Instagram: @mitsun
  • Rubén P. Bescós (Pamplona, Navarra, Spain), iPhone 11 Pro Max
Instagram: @rubenpb
  • Rustam Shagimordanov (Moscow, Rusia), iPhone 11
Instagram: @tomrus
  • Yu “Eric” Zhang (Beijing, China), iPhone 11 Pro Max
Weibo: ericube_23

Apple telah memperkenalkan ciri ‘Night Mode’ buat pertama kali di peranti iPhone 11 dan iPhone 11 Pro. Gambar yang menarik ini juga telah dibantu teknologi ISP dan Deep Fusion (AI) yang canggih dari cip pemproses A13 Bionic. Walaubagaimanapun untuk mendapatkan gambar malam yang kemas, pengguna disarankan menggunakan tripod.

Manakala pada iPhone itu sendiri, ‘Night Mode’ akan diaktifkan secara automatik bergantung kepada pencahayaan persekitaran. Kelajuan shutter juga bergantung kepada tahap pencahayaan – lebih gelap mungkin mengambil masa beberapa saat untuk gambar dihasilkan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend