Apple Tingkatkan Lagi Produksi iPhone 11 Kepada 10% Bagi Memenuhi Permintaan Comments Off on Apple Tingkatkan Lagi Produksi iPhone 11 Kepada 10% Bagi Memenuhi Permintaan 217

Kemunculan iPhone 11 ke pasaran nampaknya menerima sambutan yang memberansangkan apabila kebanyakan kedai yang menjualnya kini telah kehabisan stok. Antara faktor yang menyebabkan peranti ini habis terjual salah satunya adalah iPhone kali ini hadir denga sistem kamera baharu yang menyertakan lensa ultralebar dan mod malam.

Selain itu, tanda harga untuk iPhone tahun ini agak sedikit murah jika dibandingkan dengan barisan iPhone tahun lalu. Penawaran warna-warna yang lebih cantik juga mendorong kepada penjualan iPhone 11 dan 11 Pro Max.

Menurut laporan terbaru, Apple kini mempertingkatkan lagi jumlah pengeluaran iPhone 11 kepada 10% bagi memenuhi permintaan di seluruh dunia. Ia sekaligus dapat memadam rekod teruk pengeluaran iPhone pada tahun lalu.

Walaupun peranti mercu HUAWEI Mate 30 diperkenalkan seminggu selepas iPhone, ia sama sekali tidak menggugat pengguna untuk mendapatkan peranti Apple ini. Permainan kotor kerajaan A.S juga nampaknya berjaya kali ini untuk membenamkan kepopularitian HUAWEI dengan menyekat perkhidmatan Google pada peranti.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend