Apple Terbit Video Berdurasi Lebih 5 Jam Yang Dirakam Menggunakan iPhone 11 Pro Comments Off on Apple Terbit Video Berdurasi Lebih 5 Jam Yang Dirakam Menggunakan iPhone 11 Pro

Kita sedia tahu bahawa iPhone mempunyai keupayaan tinggi untuk merakam video dan sehingga kini kami boleh katakan tiada peranti Android yang boleh menandingi prestasinya.

Bagi membuktikan sebuah iPhone mampu merakam video dengan baik, terbaru Apple telah menerbitkan satu video yang dirakam menggunakan iPhone 11 Pro. Menariknya, video berdurasi 5 jam 19 minit 28 saat ini dirakam dengan resolusi 4K.

Untuk pengetahuan anda, video 4K selama 10 minit memerlukan storan sebesar 1.7GB (menggunakan format HEVC pada iOS 11 dan ke atas). Jadi, congak kami untuk video lebih lima jam ini adalah melebihi 50GB.

Hermitage merupakan mercu tanda Rusia yang terletak di Saint Petersburg. Bangunan ini merupakan muzium kedua terbesar di dunia yang menempatkan koleksi lukisan dari saudagar Berlin yang bernama Johann Ernst Gotzkowsky.

Bagi anda yang ingin meneroka muzium seni Rusia ini tetapi tidak mahu menghabiskan masa yang panjang, Apple turut memuat naik trailer untuk video tersebut yang berdurasi kurang dari 2 minit. Di akhir video, Apple turut mendedahkan peratus bateri yang tinggal selepas rakaman dibuat.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend