Apple Tanpa Sengaja Mengesahkan Sokongan Dua Slot Kad SIM Pada iPhone X Plus Comments Off on Apple Tanpa Sengaja Mengesahkan Sokongan Dua Slot Kad SIM Pada iPhone X Plus

Sebagaimana yang kita telah sedia maklum, Apple secara drastik akan menggunakan rekaan iPhone X yang diperkenalkan pada penghujung tahun lepas untuk ketiga-tiga varian iPhone model 2018 ini. Mungkin penggunaan rekaan seperti itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kebanyakan telefon pintar Android juga kini hadir dengan rekaan takuk pada skrin.

Namun begitu, Guilherme Rambo dari 9to5Mac telah berjaya membuat penemuan menarik yang memperlihatkan sokongan slot dua kad SIM pada iPhone X Plus. Malah penemuan ini nampaknya telah disahkan sendiri kebenarannya oleh Apple melalui kod yang tersembunyi di sebalik iOS 12.

Melalui iOS 12 beta 5 itu juga, dia turut berjaya menemui rujukan untuk ‘status SIM kedua’ dan juga ‘status slot SIM kedua’ di dalam laporan diagnostik perisian tersebut. Jadi selepas ini, pastinya permintaan terhadap varian tertinggi iPhone 2018 ini akan mencatatkan jualan yang lebih baik.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend