Apple Store Di Luar China Ditutup Hingga 27 Mac Comments Off on Apple Store Di Luar China Ditutup Hingga 27 Mac

Apple melalui kenyataan media yang terbaru telah mengumumkan penutupan semua kedai fizikal, Apple Store di seluruh dunia. Tindakan ini diambil ekoran ancaman COVID-19 yang semakin membimbangkan di seantero dunia.

Semua Apple Store kini ditutup hingga 27 Mac 2020 kecuali Apple Store dalam China yang dibuka sejak Jumaat lalu selepas kerajaan China membenarkan operasi perniagaan diteruskan memandangkan kes jangkitan yang semakin reda di sana.

Tim Cook juga memberitahu Apple komited untuk membantu merawat mereka yang sakit dan membantu mengurangkan kesan ekonomi dan impak kepada komuniti. Setakat minggu lalu, Apple telah menderma sebanyak US$15 juta untuk COVID-19 di seluruh dunia.

Di Malaysia, tiada Apple Store dan yang terdekat adalah di Jewel Changi Airport dan Orchard Road, Singapura.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend