Apple Store Di Amsterdam Dikosongkan – Tiga Sesak Nafas Gara-gara Bateri iPad Bocor Comments Off on Apple Store Di Amsterdam Dikosongkan – Tiga Sesak Nafas Gara-gara Bateri iPad Bocor

Gara-gara bateri iPad yang bocor, tiga orang disahkan mengalami sesak nafas. Itu yang berlaku di Apple Store Leidseplein, Amsterdam. Menurut sumber, pada jam 2.20 petang sepasukan bomba dilihat berada di depan premis berkenaan.

Melalui kongisan Twitter pihak bomba Amsterdam, tiada asap kelihatan semasa kejadian, cuma beberapa orang mengalami sesak nafas. Jurucakap bomba mengulas, punca datang daripada kebocoran bateri pada salah satu peranti di dalam kedai tersebut.

Kredit gambar: Echt Amsterdam Niuews

Susulan daripada itu, kakitangan Apple telah mengalihkan iPad tersebut ke dalam satu bekas yang mengandungi pasir dan batu, sementara mangsa yang sesak nafas diberi rawatan segera oleh pihak Ambulans. Bagaimanapun, premis itu ditutup buat sementara waktu dan dibuka selepas 30 minit kemudian.

Kredit gambar: Echt Amsterdam Niuews

Sehingga kini, masih belum diketahui sama ada bateri pada iPad dipamerkan atau dihantar untuk dibaiki menggunakan komponen asal daripada Apple atau pihak ketiga yang dipasang oleh juruteknik tidak bertauliah. Kes melibatkan bateri Li-ion memanas, meletup, atau bocor jarang sekali berlaku dan jumlahnya sangat kecil. Sehingga kini masih tiada respon daripada pihak Apple.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend