Apple Sedang Membangunkan Beberapa Produk Baharu Termasuk iPad Versi Bajet Comments Off on Apple Sedang Membangunkan Beberapa Produk Baharu Termasuk iPad Versi Bajet

Apple telah mengarahkan semua kakitangannya untuk bekerja dari rumah sepanjang tempoh pelaksanaan PKP di beberapa negeri di Amerika Syarikat. Namun ia tidak menghalang untuk Apple terus membangunkan produk-produk baharu seperti Apple TV baharu, iPad versi bajet, Apple Watch generasi keenam, dan iMac versi naik taraf.

Jika anda lihat, senarai ini agak banyak dan ada sumber mengatakan ia bakal muncul di pasaran tidak lama lagi. Menurut 9to5Mac, Apple dilaporkan akan melancarkan Apple TV baharu tetapi tiada perincian dibuat setakat ini.

Pada ketika ini, kakitangan Apple sedang bekerja dari rumah dan berinteraksi menggunakan perkhidmatan komunikasi syarikat dan aplikasi pihak ketiga seperti Slake, CiscoJabber, dan WebEx. Untuk komunikasi rahsia, mereka berhubung menggunakan FaceTime manakala perkongsian fail dilakukan melalui platfom pindahan fail Apple tersendiri iaitu FTSE selain Quip dan Box.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend