Apple Pro Display XDR Turut Ditawarkan Di Malaysia – Harga Mencecah RM32k Comments Off on Apple Pro Display XDR Turut Ditawarkan Di Malaysia – Harga Mencecah RM32k

Pasangan paling serasi kepada Apple Mac Pro adalah Apple Pro Display XDR. Monitor ini kini ditawarkan di Malaysia dengan harga yang cukup premium. Bukan itu sahaja, Apple turut membawa masuk stand dan bracket menerusi Pro Stand dan VESA Mount Adapter.

Pro Display XDR hadir dengan paparan 32-inci beresolusi 6K yang boleh menghasilkan ketepatan warna yang dasyat disamping jarak dinamik yang ekstrem. Teknologi XDR yang digunakan juga jauh lebih baik berbanding OLED pada kebanyakan monitor di pasaran.

Pro Stand walaupun hanya berfungsi sebagai ‘kaki’ kepada Pro Display XDR turut ditawarkan, tetapi pada harga RM4499 sebuah. Manakala penyambung untuk melekatkan Pro Display XDR pada dinding iaitu VESA Mount Adapter pula dijual pada harga RM899 sebiji.

Kombinasi ketiga-tiga barangan ini sekaligus menjadikan pakej Pro Display XDR menjangkau sehingga RM31,397 seunit. Bagaimanapun anda boleh jimat sebanyak RM6000 sekiranya anda memilih Pro Display XDR versi standard glass.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend