Apple Perkenal iPad Mini dan iPad Air Dengan Cipset A12 Bionic, Harga Bermula Daripada RM1,699 Comments Off on Apple Perkenal iPad Mini dan iPad Air Dengan Cipset A12 Bionic, Harga Bermula Daripada RM1,699

Apple sebelum ini telah merancang untuk mengadakan acara ‘Apple Special Event’ yang akan berlangsung di Steve Jobs Theater di Cupertino pada 25 Mac ini. Tetapi dalam diam-diam Apple kini telah mengumumkan penawaran kemas kini untuk dua model tablet keluarannya iaitu iPad mini generasi ke-5 dan juga iPad Air.

iPad mini

Diperkenalkan kali terakhir pada tahun 2015 yang lalu, iPad mini generasi kelima ini dilihat masih mengekalkan rekaan yang sama sahaja. Ini jelas dapat dilihat melalui kehadiran saiz bezel yang agak besar, dengan sensor Touch ID pada bahagian bawah skrin. Tampil dengan skrin 7.9 inci IPS LCD beresolusi 1536 x 2048 piksel, ia kini tersedia dengan paparan DCI-P3 dan juga True Tone.

Pembaharuan lain yang disokong termasuklah penggunaan cipset A12 Bionic (7nm), dioperasikan oleh iOS 12.1.3, ruang storan lebih besar iaitu 64GB atau 256GB, kamera FaceTime HD beresolusi 7MP, Bluetooth 5.0, dan juga mampu menyokong Apple Pencil.

  • 2GB + 64GB (WiFi) → RM1,699
  • 2GB + 256GB (WiFi) → RM2,349
  • 2GB + 64GB (WiFi + LTE) → RM2,249
  • 2GB + 256GB (WiFi + LTE) → RM2,899

iPad Air

iPad Air pula kini tampil dalam saiz skrin yang lebih besar berbanding generasi sebelum ini iaitu sebesar 10.5 inci (1668 x 2224 piksel), dan ia turut tersedia dengan paparan DCI-P3 dan juga True Tone. Selain itu iPad Air baharu ini juga telah dikuasakan dengan cipset A12 Bionic (7nm) dengan saiz storan yang sama seperti iPad mini baharu.

Ia juga menyokong kamera FaceTime HD beresolusi 7MP, dan mampu digunakan bersama-sama dengan aksesori Apple seperti Apple Pencil dan juga Smart Keyboard. Sama seperti iPad mini, ia turut ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Silver, Space Gray ataupun Gold.

  • 2GB + 64GB (WiFi) → RM2,199
  • 2GB + 256GB (WiFi) → RM2,849
  • 2GB + 64GB (WiFi + LTE) → RM2,749
  • 2GB + 256GB (WiFi + LTE) → RM3,399

Baca juga:

Apple Akan Mengadakan Acara Istimewa Pada 25 Mac Di Steve Jobs Theater

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend