Apple Music Kini Boleh Dimuat Turun Di TV Pintar Samsung Comments Off on Apple Music Kini Boleh Dimuat Turun Di TV Pintar Samsung

Samsung Electronics hari ini mengumumkan ketersediaan aplikasi Apple Music di TV Samsung, sekaligus menjadikan penawaran buat pertama kali oleh jenama TV bersama platfom penstriman muzik daripada Apple itu.

Jika anda memiliki TV pintar Samsung dari model tahun 2018 hingga 2020, anda kini boleh memuat turun aplikasi tersebut menerusi gedung aplikasi Samsung Smart TV App Store di TV masing-masing.

Di Apple Music, pelanggan boleh mendengar lebih daripada 60 juta lagu tanpa iklan, muzik video, dan strim langsung radio popular yang menampilkan hits terkini daripada Frank Ocean, Nicki Minaj, The Weeknd, DJ Khaled, dan Elton John.

Untuk memulakan penstriman, pengguna perlu mendaftar masuk Apple ID manakala untuk pengguna baharu pula mereka boleh mencuba langganan 3 bulan secara percuma.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend