Apple Mungkin Akan Menghasilkan iPad Boleh-Lipat Comments Off on Apple Mungkin Akan Menghasilkan iPad Boleh-Lipat

Baru-baru ini kita telah mendengar berita mengenai Andromeda Surface Phone yang didakwa sedang dibangunkan oleh Microsoft. Ia merupakan telefon pintar dengan fungsi Microsoft Surface tetapi dalam rekaan boleh-lipat. Bagaimanapun, Apple nampaknya turut berhasrat untuk membina peranti seumpama itu.

Menurut penganalisis maklumat dari dalam syarikat, Apple dilaporkan sedang membangunkan iPad dengan paparan boleh-lipat. Dikatakan iPad tersebut akan menggunakan skrin bersaiz 11-inci dan 15-inci (berkemungkinan versi Pro).

Paten Andromeda Surface Phone yang tertiris.

Apa yang mengejutkan, Apple didakwa akan melancarkannya secepat mungkin iaitu pada tahun hadapan selain laporan turut menyebut cip pemproses Apple yang terbaru akan menyokong keupayaan 5G.

Pada kami, Apple perlu memperkenalkan teknologi 5G pada iPhone terlebih dahulu memandangkan pengeluar dari China dan Korea sudah memperkenalkan peranti seumpama itu seawal tahun ini.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend