Apple Mungkin Akan Menggugurkan Penggunaan Nombor Pada Model iPhone Bermula Tahun Ini Comments Off on Apple Mungkin Akan Menggugurkan Penggunaan Nombor Pada Model iPhone Bermula Tahun Ini

Kemunculan iPhone X dipasaran sememangnya menjadi satu tanda aras kepada pengeluar telefon pintar kerana ia menampilkan rekaan skrin penuh dengan sokongan takuk. Namun begitu, penggunaan nama ‘X’ yang sebenarnya merujuk kepada nombor roman iaitu ’10’ telah menimbulkan kekeliruan kepada sesetengah pengguna yang menyebutnya sebagai huruf X.

Bahkan sejak dari awal kemunculan telefon pintar dari Apple, penggunaan nombor pada model yang diperkenalkan merupakan satu tradisi yang dikekalkan oleh Apple. Malah pengguna juga lebih mudah untuk mengenali model yang lebih baru melalui penggunaan nombor pada model tersebut.

Memandangkan kehadiran iPhone X telah menyebabkan timbulnya kekeliruan kepada pengguna, penganalisa Robert Cihra telah melaporkan Apple akan menggugurkan penggunaan nombor pada iPhone bermula tahun ini. Menurutnya lagi, iPhone dengan sokongan panel LCD untuk tahun ini akan hanya dikenali sebagai ‘iPhone’ sahaja dan varian yang lebih tinggi akan mengekalkan penggunaan nama ‘X’.

Benar atau tidak dakwaan ini, sama-samalah kita nantikan pengumuman rasmi dari Apple pada bulan September 2018 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend