Apple Mungkin Akan Memperkenalkan Jam Pintar Yang Boleh Memantau Kesihatan Mental Pengguna Comments Off on Apple Mungkin Akan Memperkenalkan Jam Pintar Yang Boleh Memantau Kesihatan Mental Pengguna

Apple Watch Series 5 boleh dikatakan produk yang mengecewakan kerana ia hanya menjalani naik taraf kecil berbanding generasi sebelumnya iaitu Series 4. Namun untuk generasi seterusnya, laporan menjangkakan Apple Watch Series 6 akan dilengkapi sejumlah ciri terbaru yang menarik untuk diberi perhatian.

Menurut EverythingApplePro, Apple kini sedang berusaha untuk menghasilkan jam tangan dan aplikasi kesihatan yang lengkap sesuai untuk kegunaan pemantauan kesihatan fizikal dan mental. Sensor EKG (elektro kardiogram) yang terdapat pada Series 4 hingga kini akan merangkumi segi fizikal dan sensor Nadi Oksimetri yang terbaru pula dikatakan akan membawa ciri pemantauan kesihatan mental.

Apple mula memperkenalkan ciri bacaan EKG pada Watch Series 4

Selain itu, Apple juga mungkin akan memuatkan ciri bacaan kadar oksigen dalam darah pada Watch Series 6. Gabungan ketiga-tiga ciri itu sekaligus dapat merumuskan tahap kesihatan mental pengguna termasuklah memberitahu pengguna sama ada mereka dalam keadaan tertekan ataupun cemas.

Disamping itu, Apple juga dikatakan mahu menawarkan keupayaan jam pintar mereka mengesan serangan panik pengguna. Bagaimanapun ianya masih terlalu awal untuk diterapkan kerana Apple harus membangunkan perisian yang boleh mengenal pasti simptom sebelum atau semasa serangan panik berlaku. Apa-apapun ciri ini akan diimplementasikan lagi dua tahun akan datang.

watchOS 6 turut membawakan ciri bacaan tahap bunyi persekitaran

Menurut sumber, Series 6 mungkin hadir dengan sokongan WiFi 6 sebagai standard selain jam pintar ini juga akan menyertakan ciri penjejakan tidur yang mana ianya telah hangat diperbualkan sejak beberapa bulan lalu.

Daripada segi luaran pula, tidak mustahil Apple akan mengekalkan reka bentuk sedia ada memandangkan kali terakhir ia diubah pada 2018 yang lalu. Untuk antaramuka jam, sudah tentu Apple akan menawarkan sistem operasi baharu menerusi watchOS 7 yang akan nmemperlihatkan keupayaan Siri yang lebih baik.

Ada laporan lain turut menyatakan bahawa Apple berkemungkinan akan menukar panel OLED kepada microLED pada tahun ini sebelum panel tersebut diperluaskan pada siri iPhone dan juga MacBook.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend