Apple Memulakan Program Penukaran Bateri Untuk iPhone XR, XS, dan XS Max Smart Battery Case Comments Off on Apple Memulakan Program Penukaran Bateri Untuk iPhone XR, XS, dan XS Max Smart Battery Case

Apple telah mengenal pasti sejumlah unit Smart Battery Case yang dijual untuk iPhone XS, iPhone XS Max, dan iPhone XR mengenai isu pengecasan. Smart Battery Case yang terjejas mungkin menunjukkan satu atau dua tingkah laku antaranya seperti:

  • Battery case tidak dapat dicas atau akan dicas secara berselang-seli apabila kuasa dihidupkan
  • Battery case tidak dapat mengecas iPhone atau akan mengecasnya secara berselang-seli

Unit yang terjejas dipercayai adalah daripada model yang diperbuat diantara Januari 2019 dan Oktober 2019. Sekiranya pemilik menghadapi isu seperti yang dinyatakan, mereka boleh menghantarnya ke mana-mana AASP (Apple Authorized Service Provider) seluruh Malaysia untuk penukaran bateri. Tiada cas dikenakan dan ia adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang Apple Malaysia di sini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend