Apple Mempertimbangkan Untuk Menawarkan AirPods Dalam Pakej Pembelian iPhone 12 Comments Off on Apple Mempertimbangkan Untuk Menawarkan AirPods Dalam Pakej Pembelian iPhone 12 78

Apple sememangnya sinonim dengan pengeluaran telefon pintar berprestasi tinggi yang dijual pada harga yang agak tinggi di pasaran. Malah jika dibandingkan dengan pengeluar yang lain, Apple juga merupakan satu-satunya pengeluar yang menawarkan pakej pembelian yang paling asas untuk penggunanya.

Namun berdasarkan pendedahan yang dikongsikan oleh portal DigiTimes, Apple dipercayai sedang mempertimbangkan aksesori popularnya iaitu Apple AirPods di dalam pakej pembelian iPhone 12 yang akan diperkenalkan pada tahun 2020 nanti. Namun begitu benar atau tidak pendedahan yang dikongsikan ini, tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Persoalannya dengan harga jualan AirPods yang mencecah lebih RM1000 dan juga permintaannya yang sangat tinggi, mungkinkah Apple akan menawarkannya dalam pakej pembelian iPhone pada tahun depan?!

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend